Friday, 21 August 2015

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO


PENGENALAN

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa - Bangsa Bersatu / United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, disingkat UNESCO adalah salah satu agensi Bangsa - Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan bermula sejak tahun 1958. Ia dianggotai 192 buah Negara.

OBJEKTIF UNESCO

Mendukung pendamaian dan keamanan dengan menjalinkan kerjasama antara negara - negara ahli melalui ahli melalui pendidikan, ilmu pengetahuan dan budaya dalam usaha meningkatkan rasa saling menghormati yang berlandaskan kepada keadilan, peraturan hukum, hak asasi manusia dan kebebasan hakiki.

PROGRAM UNESCO

  • Pendidikan 
  • Ilmu Alam (Natural Science)
  • Ilmu Sosial dan Manusia (Human Science)
  • Budaya,
  • Komunikasi & Informasi

Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah :
  • Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know)
  • Belajar untuk menguasai ilmu kemahiran (learning to do)
  • Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)
  • Belajar untuk harmoni dan kerjasama (learning to live together)

Belajar untuk mengusai ilmu (learning to know)
  • Memahami dunia sekeliling untuk memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta komunikasi dengan orang lain.
  • Belajar untuk memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan berfikir seseorang.
  • Murid perlu bijak belajar dan guru perlu tahu untuk mengajar.

Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do)
  • Maksud - pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan kelak.
  • Cabaran :
  1. Bagaimana memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik?
  2. Bagaimana untuk mewujudkan kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan kerja?

Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)


  • Maksud - Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari sedi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan kendiri.
  • Cabaran :
  1. Bagaimana untuk menyediakan barisan pendidik yang bersedia untuk menghadapi transformasi pendidikan?

Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together)

  • Pendidikan sebagai wadah untuk menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.

 DASAR KPM DAN KAITANNYA DENGAN TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

  • Perkembangkan potensi individu
  • Tingkatkan Kreativiti
  • Sistem pendidikan yang cekap
  • Pusat kecemerlangan pendidikan
  • Tingkatkan martabat pendidikan



KEJAYAAN SEKOLAH MENURUT UNESCO

  • Pengurus punyai kuasa autonomi
  • Memperkasakan kapasiti
  • Struktur terurus
  • Ukuran prestasi
  • Pemantauan prestasi
  • Kawalan sumber
  • Ketelusan

MENURUT LAPORAN UNESCO (2005), KUASA AUTONOMI BAGI MENGURUSKAN PERJALANAN SEKOLAH SECARA KESELURUHANNYA
  • pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya.
  • sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya.
  • sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional.
  • kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah.
  • sekolah perlu mengawal sumber-sumber.
  • pengurusan sekolah mesti telus.





CABARAN KEPADA GURU
Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan sepertimana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina etnik, intelektual, kepercayaan dan agama.

GURU-GURU MENANGANI CABARAN

Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.