Thursday, 10 September 2015

Friday, 21 August 2015

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO


PENGENALAN

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa - Bangsa Bersatu / United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, disingkat UNESCO adalah salah satu agensi Bangsa - Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan bermula sejak tahun 1958. Ia dianggotai 192 buah Negara.

OBJEKTIF UNESCO

Mendukung pendamaian dan keamanan dengan menjalinkan kerjasama antara negara - negara ahli melalui ahli melalui pendidikan, ilmu pengetahuan dan budaya dalam usaha meningkatkan rasa saling menghormati yang berlandaskan kepada keadilan, peraturan hukum, hak asasi manusia dan kebebasan hakiki.

PROGRAM UNESCO

  • Pendidikan 
  • Ilmu Alam (Natural Science)
  • Ilmu Sosial dan Manusia (Human Science)
  • Budaya,
  • Komunikasi & Informasi

Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah :
  • Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know)
  • Belajar untuk menguasai ilmu kemahiran (learning to do)
  • Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)
  • Belajar untuk harmoni dan kerjasama (learning to live together)

Belajar untuk mengusai ilmu (learning to know)
  • Memahami dunia sekeliling untuk memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta komunikasi dengan orang lain.
  • Belajar untuk memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan berfikir seseorang.
  • Murid perlu bijak belajar dan guru perlu tahu untuk mengajar.

Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do)
  • Maksud - pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan kelak.
  • Cabaran :
  1. Bagaimana memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik?
  2. Bagaimana untuk mewujudkan kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan kerja?

Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)


  • Maksud - Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari sedi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan kendiri.
  • Cabaran :
  1. Bagaimana untuk menyediakan barisan pendidik yang bersedia untuk menghadapi transformasi pendidikan?

Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together)

  • Pendidikan sebagai wadah untuk menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.

 DASAR KPM DAN KAITANNYA DENGAN TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

  • Perkembangkan potensi individu
  • Tingkatkan Kreativiti
  • Sistem pendidikan yang cekap
  • Pusat kecemerlangan pendidikan
  • Tingkatkan martabat pendidikan



KEJAYAAN SEKOLAH MENURUT UNESCO

  • Pengurus punyai kuasa autonomi
  • Memperkasakan kapasiti
  • Struktur terurus
  • Ukuran prestasi
  • Pemantauan prestasi
  • Kawalan sumber
  • Ketelusan

MENURUT LAPORAN UNESCO (2005), KUASA AUTONOMI BAGI MENGURUSKAN PERJALANAN SEKOLAH SECARA KESELURUHANNYA
  • pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya.
  • sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya.
  • sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional.
  • kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah.
  • sekolah perlu mengawal sumber-sumber.
  • pengurusan sekolah mesti telus.





CABARAN KEPADA GURU
Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan sepertimana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina etnik, intelektual, kepercayaan dan agama.

GURU-GURU MENANGANI CABARAN

Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.









HOME


    Selamat Datang Ke Blog Saya Kawan-Kawan.















Monday, 17 August 2015

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN



Maksud Globalisasi : 

  • Merentasi Sempadan dan Media


Fungsi Utama Globalisasi Dalam Pendidikan :
  • Menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman seseorang.



Langkah Positif Untuk Menghadapi Cabaran Globalisasi Pendidikan :
  • Menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC).
  • Mengembangkan sekolah-sekolah bestari.
  • Mereformasikan kurikulum sekolah - menukar bahasa penghantar kepada Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains.
  • Memberi peluang untuk penubuhan kolej-univarsiti swasta dalam negeri (penswastaan pendidikan tinggi)
Implikasi Globalisasi Pendidikan Terhadap Guru :

Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat dinamik dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari masa ke masa. Guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran baru yang sering timbul. Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan perananya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu masyarakat dan negara.



Guru Pada Asasnya :
  • Mempunyai pengetahuan mendalam tentang matapelajaran yang hendak diajar.
  • Mengetahui dan menguasai kaedah dalam pengajaran.
  • Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh pelajar.
Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajaranya dengan berkesan. Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Peranan Guru Yang Lain :
  • Diharapkan menjadi pengganti ibu bapa.
  • Penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar.
  • Menjadi kaunselor kepada mereka.
  • Menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam masyarakat.
  • Agen pembaharuan bagi masyarakatnya.
  • Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat pendidikan negara serta nilai dan kehendak masyarakat.





Ciri-Ciri Guru Dalam Cabaran Globalisasi Pendidikan :

1. Seorang yang beriltizam
  • Keterlibatan diri secaran bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya sebagai pendidik di sekolah
2. Guru yang berorientasikan maklumat
  • Bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media.
3. Guru yang berwawasan
  • Berpandangan jauh dan mempunyai visi yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan, demi mencapai kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru.

4. Guru perlu berpandangan global
  • Melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam negeri tetapi juga secara global, agar berjaya menagkis cabaran pendidikan yang berlaku dalam proses globalisasi yang kian meningkat.
5. Guru yang berpandangan positif
  • Memperlihat reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulum dalam perspektif positif atau yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara.
6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi dan pendidikan
  • Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan.
  • Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari semasa ke semasa serta dalam persekitaraan sosial.
7. Mahir dalam teknologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan khasnya dakam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran - pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.
8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan
  • Amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan.
  • Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah apabila menggunakan proses refleksi.
9. Merebut peluang pendidikan terbuka (open education)
  • Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah.
  • Pendidikan jenis ini tidak perlu kelayakan akademik tinggi untuk didaftarkan sebagai pelajar. 
  • Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di tempat-tempat bekerja atau dikelolakan oleh kerajaan, badan-badan berkanun atau pihak swasta di kebanyakan negara-negara maju.
10. Mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran
  • Perkembangan kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa.
  • Malaysia sejak awal pembentukanya pernah memainakan perananya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat.









CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN ADALAH DARI SEGI YANG BERIKUT : 

Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.

  • Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
  • Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
  • Pengurusan pendidikan.
  • Pembentukan jati diri pelajar.
  • Kualiti guru.


PERLU KEPADA PERUBAHAN KURIKULUM
Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah  seperti yang berikut :

  • Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
  • Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar.
  • Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
  • Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

PERSEDIAAN MENGHADAPI PERSAINGAN GLOBAL IAITU DARI SEGI :

  • Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat.
  • Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.
  • Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian.
  • Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.
  • Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.


KESAN GLOBALISASI PENDIDIKAN
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Kebolehan berkomunikasi
  • Kemahiran teknologi
  • Kesediaan kognitif
  • Warganegara bertanggungjawab

CABARAN GLOBALISASI KEPADA GURU - Kesediaan guru

  • Pertambahan beban
  • Kekurangan sokongan pengurusan
  • Pengurusan pendidikan
  • Sikap guru
  • Perbezaan tahap pengetahuan
  • Penggunaan teknologi
  • Pembentukan jati diri
  • Budaya sekolah
  • Perkembangan profesionalisme guru

KESAN NEGATIF GLOBALISASI - Negara lemah ditindas


  • Ketidakadilan perkongsian
  • Pemantauan yang mendalam
  • Permintaan pasaran tenaga kerja
  • Meminggirkan bahasa melayu
  • Terbuka kepada persaingan tidak sihat
  • Pengkomersilan pendidikan
  • Penafian pendemokrasian pendidikan
  • Penghayatan ilmu terhakis 


Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan

Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:

  • Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. 
  • Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
  • Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
  • Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
  • Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.
  • Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
  • Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
  • Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia. 
  • Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.


Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan

Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:

  • Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan 
  • Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
  • Pentadbiran pendidikan
  • Pembangunan identiti pelajar
  • Kualiti Guru
  • Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi
  • Guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran
  • Peningkatan dalam beban kerja
  • Sikap guru dalam pengajaran di zaman global
  • Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi
  • Pengaruh negatif kepada identiti pelajar 
  • Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan

Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunaan ICT dalam zaman globalisasi ini.